Biasiswa Oh Biasiswa!

Peruntukan RM1.5 juta untuk matrikulasi dan diploma





Pelajar beratur mendapatkan bantuan persediaan YT ke IPT Peringkat Matrikulasi/Diploma Sesi 2011/2012, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. - Gambar oleh Zulkipli Putra.

Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta kepada 2,482 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara peringkat matrikulasi dan diploma bagi kemasukan pertama bulan ini.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 1,407 pelajar yang mendapat bantuan persediaan menerusi Yayasan Terengganu (YT) itu, menerima RM500 seorang bagi mengikuti kursus matrikulasi, manakala selebihnya menerima RM750 setiap seorang bagi pengajian peringkat diploma.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata kerajaan memperuntukkan RM703,500 bagi kursus matrikulasi dan sejumlah RM808,250 bagi program diploma yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1, 511,750.

“Jumlah ini tidak termasuk pelajar yang telah menyertai kursus atau memasuki asrama penuh. Asrama penuh dan sijil masing-masing akan mendapat RM500 seorang dan peringkat ijazah akan menerima RM1,000 seorang bagi kemasukan September ini.

“Ini juga tidak termasuk mereka yang menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta kerana mereka perlu melapor diri (di IPTS) terlebih dahulu. Berdasarkan surat pengesahan lapor diri itu kita akan bayar,” katanya ketika sidang media selepas menyampaikan bantuan persediaan YT ke IPT Peringkat Matrikulasi/Diploma Sesi 2011/2012, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB Dr A Rahman Mokhtar dan Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat.

Menteri Besar berkata, jumlah keseluruhan sebenar yang dibelanjakan kerajaan negeri bagi bantuan persediaan melanjutkan pelajaran belum muktamad berikutan bantuan kali ini hanya melibatkan matrikulasi dan diploma sahaja, tidak termasuk pelajar ke IPTS dan peringkat ijazah.

Dalam ucapannya sebelum itu, Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan dan dokongan yang terbaik kepada rakyat negeri ini terutama dalam aspek pendidikan.

Katanya, pelajar tidak harus menjadikan kemiskinan dan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk menyambung pelajaran di menara gading dan mencapai cita-cita serta kejayaan pada masa depan.

“Pada hari ini, mereka yang hebat (dalam pelajaran) akan menang dan mengecap kejayaan serta mereka yang lemah akan terus gagal dan terpinggir dalam arus pembangunan. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang memiliki pendidikan yang tinggi,” katanya lagi.

Berbanding dengan isu ini:

KUALA LUMPUR, 21 Mei – MIC kesal dengan tindakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembahagian pembiayaan biasiswa yang didakwa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sebagai tidak adil dan mahukan satu siasatan bebas.

Naib Presidennya Datuk S.K. Devamany berkata, JPA telah gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan Kabinet.

Justeru, kata Devamany, pihaknya mahu Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan berhubung status pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak mendapat biasiswa JPA.

“Kami sedih dan kecewa dengan pembahagian biasiswa yang tidak adil, JPA telah gagal untuk mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan Kabinet,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

“JPA harus sedar, pelajar yang mendapat keputusan terbaik merupakan aset kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru kata Ahli Parlimen Cameron Highlands itu, pihaknya mahu satu jawatankuasa bebas untuk menyiasat pengagihan biasiswa itu.

“Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang layak untuk mendapatkan biasiswa melanjutkan pengajian di luar negara tetapi apa yang berlaku permohonan mereka ditolak.

“Ramai pelajar cemerlang telah diberikan biasiswa di peringkat matrikulasi atau diploma sedangkan mereka layak untuk mendapat biasiswa di peringkat ijazah,” katanya.

Justeru jelas Devamany, kriteria pemilihan perlu dikaji semula bagi mengelakkan ketidakadilan berlaku selain selaras dengan konsep 1 Malaysia dan transformasi kerajaan.

“Pelajar-pelajar datang berjumpa saya untuk mendapatkan biasiswa, 367 pelajar menemui saya untuk meminta pertolongan.

“Selain itu, 200 pelajar mengadu kepada saya kriteria pemilihan JPA tidak adil, 167 pelajar tidak diterima memasuki matrikulasi walaupun mendapat 6A dan 7A, kebanyakan mereka terdiri daripada keluarga miskin dan miskin tegas,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MIC S. Murugessan pula berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pelajar yang gagal mendapat biasiswa JPA walaupun layak.

“Aduan-aduan ini telah dihantar kepada timbalan menteri MIC untuk diambil perhatian segera.

“Kita juga meminta mana-mana pelajar dengan keputusan 9A ke atas tetapi tidak ditawarkan biasiswa JPA boleh menghubungi kami sebelum Isnin ini melalui e-mel atau menghantar dokumen kepada ibu pejabat MIC,” katanya.

Pelajar-pelajar boleh menghantar maklumat melalui e-mel di alamat spmresult@mic.org.my atau terus menghantarnya ke ibu pejabat MIC di alamat MIC Headquarters, No.1, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (03-40424377).

Dalam pada itu, dipetik Bernama Online, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu JPA supaya lebih telus dengan menyenaraikan semua nama calon yang telah berjaya dipilih mendapatkan pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian mereka sama ada di dalam atau luar negara.

Kata beliau, perkara itu penting bagi mengelakkan pertikaian dan kekeliruan yang timbul di kalangan pelajar cemerlang yang layak memohon mengikut syarat dan kriteria ditetapkan kerajaan.

“Pendekatan lebih telus perlu dibuat di mana selepas pemilihan, penamaan harus disenaraikan dengan jelas selain mendedahkan kategori dan kriteria yang melayakkan calon terbabit menerusi Internet.

“Perkara seperti ini setiap tahun akan timbul dan kita berharap pihak JPA mengambil perhatian sewajarnya... lakukan penambahbaikan supaya tidak berulang lagi,” katanya.

Ulasan:

Sebut pasal biasiswa ni..Hok paling cekik daroh adalah PTPTN.Memang tidak dinafikan oleh mana-mana pihak,mereka mencajkan jikalau seseorang pelajar itu bayar lambat akan ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara.Selain itu,di dalam pemberian pinjaman,Pihak PTPTN telah mencajkan 3% sebagai bunga.

Mengikuti sidang parlimen 06/05/2008, beberapa ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat telah menyuarakan persoalan berkenaan dengan caj 3% yang dikenakan oleh PTPTN kepada peminjamnya. Pada aku yang merupakan sebahagian daripada gologan peminjam yang menggunakan duit PTPTN ? (duit RAKYAT) nie berasa amat berbesar hati atas keperihatinan pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat dalam membahaskan isu caj 3%. Tahniah diucapkan.

Ini adalah contoh petikan dari Harakah:

Kerajaan digesa bantu peminjam PTPTN
Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh)
Ahli Parlimen Taib Azamudden Md Taib (PAS Baling) berkata, sepatutnya kerajaan mengadakan satu skim seperti (skim pinjaman Tekun ataupun Skim Pinjaman Amanah Ikhtiar) untuk membantu peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Justeru itu katanya , pinjaman tanpa faedah dan pemberian biasiswa perlu dikaji semula supayapara pelajar yang memerlukan dan berpotensi menyambung pelajaran .

“Apa salahnya jika kemnterian mengadakan satu skim seperti Tekun dan tabung Amanah Ikhtiar,” katanya dalam soalan tambahannya bagi sesi soal jawab dalam Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Malah katanya, kerajaan perlu lihat tekanan jiwa yang dihadapi oleh ibu bapa di atas bebanan kos pelajaran anak-anak mereka.

Sementara itu, Menteri Pengajian Pendidikan Tinggi Dato Khaled Nordin semasa menjawab soalan Taib menjelaskan bahawa PTPTN adalah satu kaedah dan pendekatan untuk membantu mereka yang yang mendapat tempat dalam Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pada masa yang sama katanya, kerajaan masih lagi menyediakan penajaan misalnya baru-baru ini kerajaan menaja seramai 2000 pelajar ke luar negara pada tahun 2008.

“Jadi masih ada lagi biasiswa dan sebahagian besarnya adalah untuk bumiputra dan saya ucapkan tahniahlah kepada YB kerana masih mempertahankan agenda Melayu,” kata Khaled.

Sebelum itu dalam soalan asalnya Taib meminta Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menghapuskan Dana PTPTN yang membebani pelajar Bumiputera khasnya dan keluarga dengan menggantikan skim biasiswa yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Sementara itu, Nasharuddin Mat Isa (PAS Bachok) yang turut membangkitkan soalan tambahan dalam soalan tersebut yang berkaitan cas tiga peratus dikenakan ke atas peminjam PTPTN akan diteruskan sebagai kos perkhidmatan walaupun disebut RM70 sebulan sebagai bayaran balik.

Namun katanya kementerian tidak nyatakan tiga peratus itu terpaksa ditanggung pelajar dan ibu bapa.

“Kenapa cas tiga peratus itu tidak dihapuskan saja kerana alasan untuk kos perkhidmatan tidak munasabah kerana agensi kerajaan yang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat,” katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya tempoh bayaran balik sepatutnya dibuat bukan dalam tempoh enam bulan tetapi selepas pelajar itu mendapat pekerjaan.

“Kalau boleh dibuat bukan dalam tempoh enam bulan tetapi selepas pelajar itu mendapat pekerjaan sebaliknya dibuat selepas pelajar itu bekerja tiga hingga empat bulan ke atas,”katanya.

Menjawab soalan tersebut Dato Khaled berkata, kos tiga peratus itu adalah untuk membiayai perkhidmatan yang perlu ditanggung PTPTN untuk mereka menjalankan operasi secara berkesan. – mks.

Memang wajar dan sepatutnya caj 3% nie dimansuhkan dari dulu lagi, tapi pihak kerajaan buat PEKAK saja dalam isu nie dengan pelbagai alasan yang kurang wajar dan tidak munasabah. Hampir 7 tahun dah aku dok bayar kt PTPTN nie..balik-balik bila ‘check’ baki mesti akan dicaj 3% atas baki yang ada. Kadang tu tgk macam tak susut-sust baki yang ada. Mengenangkan sebab aku dah akad untuk pinjam maka wajib lah aku bayar balik atas apa yang dipinjam. Tapi ada pulak la“bunganya”, mengalahkan pinjam dengan BANK. Padahal PTPTN tu ditubuh pun atas tujuan nak bantu RAKYAT yang tak berkemampuan untuk mendapat kemudahan pinjaman belajar. “Last-last” rakyat juga ditekan balik dengan caj 3% disertakan dengan bermacam alasan untuk menghalalkancaj tersebut. Sebab tu la ramai peminjam liat nak bayar, bila megenangkan caj 3% nie.

Maka amatlah wajar pihak Kerajaan sekarang dapat memberi perhatian kepada isu caj 3% nie. Sekurang-kurangnya bila dimansuhkan caj 3% nie pasti ramai peminjam yang tegar dalam nak buat bayaran nie akan mula membuat pembayaran yang tertunggak. Kerajaan tak perlulah membuat bermacam-macam ugutan seperti sebelum nie semata-mata nak paksa peminjam bayar. Insyallah jika caj 3% nie dimansuhkan pasti ramai peminjam akan melunaskannya.

Kepada kerajaan dengarlah suara-suara rakyat dibawah nie…ingat ! KUASA RAKYAT boleh menjatuh dan menaikan sesebuah kerajaan.

Kesimpulannya,ayuh RAKYAT MALAYSIA..buatlah perubahan di PRU-13 nanti tumbangkan umngok and the gang.Ubah Sekarang,Selamatkan Malaysia.

0 Comments:

Post a Comment