KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim.

Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan.

"(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu.

Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut.

"Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah.

Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam.

Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan.

Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.


Kalau nak jadi graduan berapa banyak duit yang kita perhabiskan? Semua berbayar dan bukannya free. Kalau ada pinjaman pun kena bayar balik bahkan ditambah ribanya lagi. Ambil masa yang bukan sedikit dan bukannya relax tetapi memeras tenaga & pemikiran kita untuk bersungguh-sungguh. Ramai yang terpaksa bergolok-bergadai. Ramai yang tersadai kerana tak cukup wang untuk menjadi graduan. Apatah lagi kalau belajar diluar negara. Duit habis, masa habis dan terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang.

Itu belum tentu terus dapat kerja. Tetapi tuntutan hutang dah sampai. PTPTN nak kena bayar. Berpuluh tahun baru selesai bayar hutang.

Bagaimana pula banduan? Terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang tetapi boleh berjumpa dan dijenguk keluarga. Relax. Rehat. Keselamatan terjamin 24jam. Kena bayar? Tak! Free aje. Kerajaan taja serba serbi. Yelah!.. duit rakyat juga.. Pakaian free. Baju seluar Free. Pengangkutan Free. Air & elektrik free. Siapa tanggung? Kitalah tanggung. Undang-undang kita mesra penjenayah berbanding membela mangsa jenayah. Siapa buat keputusan. Menteri yang kita pilihlah. Siapa lagi?

Berapa kita kena tanggung?

KUALA LUMPUR, -- Kerajaan perlu membelanjakan lebih kurang RM1,274,490 sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau berkata perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dicatatkan. "Daripada jumlah itu, warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.
"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat," katanya.

Menurut Datuk Hisyamuddin selaku Menteri Dalam negeri ."Di Malaysia daripada 31 buah penjara, sembilan dikenal pasti sebagai penjara yang sesak. Kos utiliti penghuni penjara secara purata adalah pada kadar RM35 seorang dan kos tanggungan makanan adalah kira-kira RM55.5 juta setahun,"

Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata pada masa ini terdapat 40 institusi penjara di seluruh negara melibatkan 31 penjara, lima pusat pemulihan akhlak, tiga Sekolah Henry Gurney dan sebuah Tempat Tahanan Perlindungan.
Menurut menteri yang berkenaan, setakat ini kerajaan telah meluluskan 16 penjara baru yang akan dibina untuk menampung tambahan lebih 18,000 lagi banduan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Fuhhh! Kroni boleh projek lagi le …

Hah! Makin banyak penjara, makin ramai studennya itu. Makin tinggi kos. Seorang kena tanggung RM1,050 sebulan (35x30hari). Ramai lagi dikalangan kita gaji RM 400.00 sebulan. Itu belum kira kos pegawai & kakitangan, bangunan infra dll. Kalau anda sebagai rakyat dan pembayar cukai kerajaan adakah anda rasa berbaloi? Berbaloikan anda menanggung mereka ini semua?

Kes 1 : Perompak Indonesia dipenjara 12 tahun, 8 sebatan
SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melarikan harta benda bernilai RM80,000 milik seorang ahli perniagaan wanita di sini dua bulan lepas. Hakim Azimah Omar, menghukumkan Muhammad Nordin, 30, berasal dari Pekan, Indonesia.

Kes 2 : Zulfika dihukum penjara 11 tahun
Johor: Zulfika kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor. Zulfika, 28, didakwa sebagai salah seorang ahli kumpulan perompak yang terlibat dalam kejadian tembak menembak antara pihak polis dan perompak di tempat letak kereta Hotel Grand Seasons. Penjara 11 tahun dan sebatan enam kali telah dijatuhkan oleh mahkamah yang sama setelah dia mengaku salah memiliki sepucuk pistol jenis Walter (Chrome) dan lima butir peluru hidup tanpa lesen yang sah.

Kes 3 : SHAH ALAM: Seorang buruh dari Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja, empat tahun lalu. Hakim Mohd Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh Ismadi Muhammad, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 27 Julai 2006.

Kes 4 : Penganggur kekal dihukum penjara 15 tahun
PUTRAJAYA 16/08/2010. Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Megat Shahrizat Megat Shahrur, 32, bagi kesalahan menyebabkan kematian Nur Izzatul Shahira Rozilan di Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur 3 Jun, 2001. Megat Shahrizat mengaku salah dan dihukum penjara 15 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Jun, 2001.

Kes 5: Pemuda Dihukum Penjara Dua Tahun Kerana Buang Bayi
MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara dua tahun manakala kekasihnya seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana kesalahan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh. Majistret Mohd Fairuz Johari memerintahkan remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan itu ditahan di sekolah itu sehingga dia berusia 20 tahun. Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan kekasihnya itu, mengaku salah bersama-sama membuang bayi tersebut pada 11 Ogos lepas.

Yang ini tentu kita sakit hati. Dia rogol anaknya kenapa kita kena tanggung?

Kes 1 : Rogol Anak Ayah Dipenjara 100 Tahun.
Mahkamah di Kuching menjatuhkan hukuman penjara selama 100 tahun kepada seorang ayah kerana merogol anak perempuannya yang cacat semenjak tahun 2006 hingga 2008. Pesalah berusia 52 tahun itu yang juga bekas pekerja Jabatan Tanah dan Ukur di dakwa di dalam akta Kanun Keseksaan 376A terhadap lima kesalahan sumbang mahram.

Kes 2: Rogol Anak : Penyanyi 70-an kekal penjara
Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya. Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada 26 Sept 2001.

Kes 3: Bapa rogol anak dipenjara 32 tahun
KLANG 15 Jan. - Gara-gara melempiaskan nafsu dengan anak sendiri empat tahun lalu, seorang peniaga sayur terpaksa menghabiskan usia tua di sebalik tirai besi apabila dia dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 53 tahun itu didapati bersalah atas dua daripada tiga pertuduhan merogol anaknya yang berusia 10 tahun ketika kejadian.

Kalau hukuman macamana ni Siapa yang gila? Tok hakim, Menteri atau kita?

Bapa rogol anak kena 14,400 tahun
MANILA 25 Sept.2010: Mahkamah di Filipina menjatuhkan hukuman penjara 14,400 tahun ke atas seorang bapa yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuan belasan tahunnya hampir setiap hari dalam setahun. Penarik beca berkenaan disabitkan kesalahan merogol 360 kali anak perempuannya ketika isterinya keluar bekerja di Hong Kong.
Mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dan kini berusia 22 tahun, berkata kesengsaraan dihadapinya di tangan bapanya sendiri bermula Januari 2001 apabila ibunya berlepas ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Beliau bersama dua adiknya ditinggalkan di bawah penjagaan bapanya di rumah mereka di Los Banos, sebuah pekan di selatan Manila.

Penyelesaiannya. Kenapa tidak jalankan sahaja undang-undang Islam? Itu lebih berbaloi. Si pencuri mencuri harta rakyat, kenapa perlu rakyat guna duit mereka untuk menanggungnya di penjara? Potong tangan kepada si pencuri tersebut. Kos sebilah pisau. Kalau kerajaan takde duit saya boleh sponsor. Si perogol, sebat atau rejam sahaja. Si pembunuh, bunuh balas. Habis cerita. Kenapa tidak dilaksanakan? Atau mungkin bapak menteri dok berfikir lagi nak mecuri?, nak merasuah? Nak merogol? Nak berzina?

Hakim walau cerdik macamana pun tetapi dia tak boleh menjatuhkan hukuman mengikut pandainya sendiri. Rang enakmen perlu diluluskan dalam sidang dewan terdahulu sebelum diguna-pakai dimahkamah. Meskipun ahli dewan itu yang meluluskan itu tak sekolah dan tiada kelulusan tetapi ia disokong orang ramai dan menjadi Yang Berhormat. Itu Pilihan Rakyat.

Di kala Allah Swt mewajibkan hukuman terhadap kesalahan dilakukan manusia, ia merupakan hukuman terbaik buat diri manusia itu sendiri maupun buat masyarakat sekeliling. Allah Swt yang mencipta makhluk manusia dan Dialah Yang Maha Arif tentang tuntutan serta keperluan maupun hikmah terhadap manusia itu sendiri. Sebab itu kalau diperhatikan hukum Islam kurang melibatkan bayaran denda atau penjara. Hudud melibatkan hukuman keatas batang tubuh berbanding takzir. Kerana denda adalah tidak adil kepada si miskin tetapi kacang kepada si kaya. Penjara adalah rehat kepada penjenayah tetapi membebankan kerajaan dan rakyat.

Sudah sampai masanya umat islam di Malaysia melaksanakan ibadah undang-undang hudud dan qisas ini dan kita tinggalkan undang-undang bodoh ciptaan manusia itu. Dan perlaksanaan hukuman Islam ini sendiri akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Allah berfirman, “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. Surah Al-Ahzab (33): 36

Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.”Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah yang akan menghukum mereka (dengan kata lain meluruskan mereka kembali). Dan selagi kerajaan Umno-BN ini memerintah, selagi itulah hokum thoghut ini mereka pertahankan.


Terengganu Ada TGV ke?..


Kemunculan TV, video dan cakra-padat akhirnya panggung-panggung wayang di negeri Terengganu ditutup kesemuanya. Tiada siapa yang ingin ke panggung wayang lagi. Apatah lagi wujudnya astro, internet telah merubah gaya hidup masyarakat. Tiada lagi nak beratur mengambil tiket masuk ke panggung untuk menonton filem Hindustan berkerusikan kayu keras itu.
Apatah lagi era 80-an timbulnya perkembangan nilai-nilai Islam yang mula menenggelamkan cara hidup jahiliyyah. Pasangan anak-anak muda lelaki dan perempuan menonton wayang ditengah malam berkurangan dan akhirnya industri ini terpaksa ditutup.
Tapi, takkan syaitan nak duduk saje. Musuh-musuh Islam sentiasa merancang untuk mengeluarkan anak-anak remaja kita dari rumah-rumah mereka. Menjauhkan mereka dari surau dan masjid ataupun majlis-majlis ilmu dan kuliah. Khususnya remaja perempuan agar keluar dari rumah, berhibur, berpasangan couple akhirnya melakukan maksiat diluar batasan syara’.
Yang terbaru bagaimana panggung wayang yang sudah pupus di Terengganu kini dikembalikan semula oleh pimpinan UMNO-BN dizaman Mat Said ini. Selamat datang Port Beromen baru di Kemaman, Terengganu. Di Mesra Mall, TMC (Terengganu Mat Caid).

Lapuran Kosmo.

Panggung pertama di Terengganu


JIKA sebelum ini penduduk Terengganu perlu memandu jauh sehingga ke negeri-negeri jiran untuk menonton filem-filem menarik, kini mereka tidak perlu bersusah payah dengan adanya panggung wayang baru yang mula beroperasi 25 September lalu di Kemaman.
Pawagam terbaru berkenaan yang mempunyai lima panggung dengan 780 tempat duduk, dibangunkan di dalam pusat beli-belah serba moden iaitu Mesra Mall yang bernilai RM100 juta serta dimajukan oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Operasi TGV Cinemas, Kenny Wong berkata, TGV ingin membekalkan semua orang termasuk pelancong dengan pengalaman menonton filem yang menghibur dan menyeronokkan.
"Dengan pembukaan multipleks ini, penduduk Kemaman kini boleh menyelami keseronokan menonton wayang yang dijanjikan oleh TGV Cinemas," katanya.
Menurut beliau, TGV Mesra Mall menampilkan reka bentuk serba baru dan kontemporari yang berasaskan konsep keremajaan, selaras dengan usaha TGV Cinemas untuk menarik minat golongan muda. "Kami cuba menyediakan ruang santai yang sempurna untuk pelanggan kami kerana kami mahu menjadikan pengalaman ke pawagam bukan sahaja sekadar menonton wayang tetapi untuk bergembira bersama insan tersayang," katanya.

ia bukan isu di Lembah Kelang & Pantai Barat. Kalau ditanya kepada pemimpin atau pengusaha industri seperti ini nescaya banyaklah alasan dan jawapan logik menurut ekonomi, sosial dan pendidikan kononnya. Orang yang menimbulkan isu ini mungkin dikatakan kuno, ketinggalan zaman, isu remeh. Tetapi hakikatnya ia akan menjadi tempat berpeleseran baru dengan gaya-hidup baru. Ia akan menjadi tempat untuk berhibur bersama couple, lelaki dan perempuan. Tempat berkhalwat eksklusif baru yang sah dan diizinkan kerajaan Umno-BN.

Hari ini pusat-pusat karaoke wujud macam cendawan tumbuh. Hatta dikedai-kedai restoren koboi ditepi jalan. Berkaraoke secara terbuka lelaki dan perempuan tanpa halangan hingga larut malam. Lesen-lesen baru digalakkan oleh kerajaan Umno-BN. Pusat snooker bersepah merata tempat. Hatta bertaruh perempuan jalang. Kini belum cukup remaja kita dihibur dan dihanyutkan. Dengan konsert dan nyanyian. Dengan vcd dan audio video.Agar tidak dikatakan negeri ketinggalan zaman. Negeri bergerak maju berpembangunan serta canggih. TGV Cinemas diperkenalkan. Orang kita ni benda baru.. hah tak cukup tanahlah dikerumuninya.

Terimakasih UMNO-BN. Satu lagi kejayaan produk tarbiyyah bagi melahirkan generasi berilmu, beriman dan taqwa. Ke arah menjadikan dan melengkapkan Terengganu sebagai Darul Iman. Bak kata MB Mat Said … “untuk mengembalikan Terengganu sebagai bumi ulama masyhur terbilang di nusantara seperti abad 18 & 19. Di zaman kegemilangan seperti Tok Ku Paloh, Tok Pulau Manis & Tok Syeik Duyung”. Semoga generasi muda Terengganu akan bertambah "ilmu dan taqwa" dengan adanya multiplek ini dan bakal mewarisi kepimpinan ulama terbilang Terengganu!!!


1 MALAYSIA..
RAKYAT DIHANCURKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN..



Ingat sesama jual goreng pisang kat kampong berbalah berebut pelanggan. Rupa perangai 1 Malaysia ini dibawak sehingga mahkamah. Bukan mahkamah tinggi K.Lumpur tetapi ke mahkamah Unitek Kingdom. Nampaknya imej 1 malaysia ini dipromosi sehingga ke Eropah sekarang.

Selepas penglibatan syarikat Petronas dalam Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995 dan telan menelan belanja berbillion ringgit. Dalam keadaan ekonomi semakin tenat dan syarikat-syarikat gergasi dunia menarik diri daripada F1 kerana kekangan kewangan tetapi Malaysia menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010. Pasukan F1 Malaysia ini akan dikenali sebagai Lotus F1 Team atau 1Malaysia F1 Team. Pasukan F1 Malaysia ini adalah terdiri daripada gabungan agensi kerajaan Malaysia dan syarikat swasta terkemuka Malaysia. Antara syarikat swasta yang terlibat dalam projek F1 negara ini ialah Lotus Car, Proton, Tune Group (Air Asia) dan Naza Group.

Kita sedia maklum pengurusan melibatkan F1 ini mencecah 1 billion setahun dan sekarang belum sampai setahun dah mula bising. Berbalah tentang nama. Hilang kemana dah 1Malaysia tu. Semasa Grand Prix di Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt. Ketika GP Singapura berlangsung kedua-dua pemandunya iaitu Jarno Trulli dan Heikki Kovalainen gagal menamatkan perlumbaan. Bukan naik poddium pun. Bukan dok petak depan pun. Dok berbalah sesama pengurusan. Bukan berbalah sesama tok lebai... sesama professional.. sesama korporat nampaknya lebih sengit berbalah!.. Lebih malang lagi semasa GP Singapura itu, kereta Heikki telah terbakar selepas dilanggar oleh pemandu lain. Fuh!! Telan duit lagi.

Presiden Proton, Datuk Nadzmi Salleh pula mengeluarkan kenyataan tidak akan membenarkan Pasukan Lotus Racing menggunakan nama Team Lotus untuk berlumba dalam saingan Formula Satu (F1) bagi musim 2011 dan seterusnya selepas menamatkan lesen yang dikeluarkan kepada mereka tahun lalu.. Nazdmi dalam kenyataannya berkata, Proton percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu dan menegaskan Proton adalah pemilik jenama itu dan akan menghalang penggunaan nama itu tanpa kebenaran serta menyekat penajaan.

Akibatnya Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes mengambil prosiding undang-undang di mahkamah Britain untuk menyelesaikan pertikaian dengan Proton berhubung hak penggunaan jenama Lotus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Lotus Racing, Riad Asmat, mengesahkan pasukan itu sudah memfailkan notis mahkamah itu dan pihak Proton yang menguasai kepentingan Kumpulan Lotus UK, dijangka menerima notis berkenaan. “Sekarang biarlah mahkamah yang mengisytiharkan mengenai status hak jenama pasukan Formula Satu Lotus. Kami berpegang kepada hakikat bahawa kami sudah membeli Team Lotus Venterus Ltd, pemegang hak jenama perlumbaan F1 Lotus yang sebelum ini dibangunkan oleh David Chapman,” katanya.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara. Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad. "Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.

Kenapa nama perlu ditukar? hihi mungkin nama 1 malaysia tak glamour. Nanti singkat umur macam islam hadhari!

Sementara itu pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan. Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.
Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Selepas habis beratus juta.. adakah Proton akan memikul biawak hidup yang hangus terbakar di GP Singapura itu? Atau adakah 1Malaysia F1 Team akan berkubur? atau Adakah ini hanya wayang kulit bagi melelapkan lagi harta mahsul rakyat Malaysia. Kalaulah duit berbillion itu digunakan untuk pendidikan atau rumah rakyat.. dah banyak mana dah rakyat Malaysia mendapat manfaat. Samalah projek Monsun cup. Bahkan kebanyakan pihak pengurusan sukan di Malaysia menghadapi penyakit yang sama.



ISLAM HADHARI KEMANA?..
1 MALAYSIA MUNCUL..
SELEPAS NI MENDE PULOK?...
MALAYSIA BANKRUPT MCM GREECE
ATAU
P.RAKYAT AMIK ALIH..

SAMA-SAMA KITA NANTIKAN!!!

Kadang-kadang kita tidak terfikir apa yang terlintas dalam kepala golongan ahli politik yang matlamatnya kekuasaan semata. Berpegang kepada teori politik Machievelli, matlamat menghalalkan segala cara. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita politik mereka. Bagi mereka dosa-pahala kemudian kira.

Selepas Erbakan dan kini Erdogan yang berimejkan Islam walaupun dikatakan Erdogan lebih moderat tetapi bagi pihak tentera ia amat membimbangkan kuasa serta politik mereka di Turki akan berkubur. Mereka bimbang kalau-kalau Sekularisme yang diasaskan oleh Kamar Atatturk akan hilang dan kuasa Islam kembali semula menerajui kegemilangan Ottomon.


Fitnah Pemerintahan Erdogan, Tentera Turki Bakar Masjid di Cyprus

Istanbul. 25 Sept- Seorang bekas Jenderal Turki, Sabri Yirmioglu, yang juga mantan komandan khas perang secara mengejutkan mengdakwa pihak Tentera Turki pernah dengan sengaja membakar sebuah masjid di Cyprus dengan tujuan mengkambing hitamkan pemerintahanan Recep Tayyep Erdogan.
Pernyataan Yirmioglu tersebut dimuat dalam surat kabar Turki Haber Turk yang segera menimbulkan kontroversi. Namun, setelah berita tersebut, Yirmioglu menarik balik pernyataannya sendiri. Kontroversi berpanjangan setelah pihak Haber Turk mendedahkan transkip dan audio wawancara dengan Yirmioglu. Akhirnya Yirmioglu mengaku pihaknya telah melakukan serangkaian operasi intelegen untuk menjatuhkan imej pemerintahan Erdogan, yang dikatakan membahayakan eksistensi dan pengaruh pihak Tentera Turki. Salah satu operasi tersebut adalah dengan membakar masjid.
Pihak Tentera Turki dikenal sebagai penjaga sekulerisme dan kemalisme di Turki, yang kini bertentangan dengan pemerintahan AKP dan PM Recep Tayyep Erdogan yang berideologi Islam.

Perkara yang busuk akhirnya terdedah juga. Kerja keji Pihak Militer Turki itu diketahui oleh rakyat juga akhirnyaDan kita sedia maklum bahawa Pihak Tentera Turki terlalu akrab dengan Israel. Dan sekarang ini APCO Yahudi itu menjadi penasihat kepada Kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib. Apakah peristiwa pembakaran gereja , masjid, penyimbahan cat terhadap surau, melempar kepala babi ke surau, menutup & menyita surau dan perobohan masjid adalah agenda yang sama? Adakah ini merupakan agenda yang tersembunyi yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik dan pengekalan kuasa. Dan ada pihak yang hendak dikambing-hitamkan. Mereka cuba untuk menimbulkan kebencian kepada PR dengan isu agama, perkauman dan sebagainya.

Peristiwa timbulnya seolah-olah huru-hara di Kelantan yang membawa kepada MAGERAN adalah dilakukan oleh UMNO bagi merampas Kelantan daripada PAS. Sama juga dengan peristiwa 11 Sept di WTC. Ia merupakan perancangan bagi mengkambing-hitamkan Islam dimuka dunia dan bagi menghalalkan penaklukan Afghanistan serta melabelkan teroris kepada umat Islam.

Kalau orang Turki yang sekular itupun marah jika ada yang bakar masjid. Kadang-kadang kita heran juga. Pemimpin UMNO yang roboh masjid masih lagi disokong oleh rakyat Terengganu. Umat Islam India terkorban lebih 1,500 orang apabila Masjid babri diroboh. Apabila rakyat digula-gulakan dengan wang Ehsan, mereka lupa amanah dan tanggung jawab mereka.

Peristiwa hitam yang dilakukan oleh UMNO-BN semasa pemerintahan Idris Jusoh di Terengganu dan didesak oleh Mat Said sendiri sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman untuk merobohkan Masjid Bujal adalah merupakan hasrat dan kepala yang sama dengan pihak Militer Turki. Untuk menyekat perkembangan Islam sebenar di Kemaman. Kalau Tentera Turki akan hilang kuasa dengan hina. Idris jusoh dijatuhkan secara hina. Kita menunggu hukuman Allah Swt terhadap mereka yang meruntuhkan rumahNya sebagaimana hinanya kejatuhan Abrahah yang cuba merobohkan Baitillah haram yang dihumban dengan batu api neraka dengan burung ababil. Hanya saat & waktunya sahaja yang akan membenarkan doa-doa orang yang mukmin yang dizalimi.





Pembunuhan Dato' Sosilawati :
Mencari Keadilan
Menurut Undang2 Jenayah Syariah




MUQADIMAH.
Kes jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita. Peristiwa pembunuhan Dato’ Sosilawati bersama beberapa orang yang lain antara peristiwa jenayah yang paling menggemparkan yang bukanlah jenayah pembunuhan episod pertama di dalam negara kita dan juga pastinya bukanlah yang terakhir. Peristiwa yang cukup mengejutkan apabila penjenayah terbabit dikaitkan dengan beberapa siri jenayah pembunuhan yang belum dapat diselesaikan sebelum ini. Ini menunjukkan betapa banyaknya kes jenayah pembunuhan yang tidak mampu dibongkar di negara ini. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah, sampai bilakah jenayah melibatkan pembunuhan akan berakhir dan adakah ianya akan menjadi kebiasaan sebagaimana kes-kes kecurian, pecah rumah dan rompakan bersenjata?
ASPEK PENILAIAN.
Antara aspek yang perlu difikirkan bersama ialah aspek perundangan. Ini kerana, perundangan antara aspek yang memberikan kesan pertambahan dan pengurangan jenayah itu sendiri. Setelah polis berjaya menangkap penjenayah setelah berhempas pulas mempertaruhkan nyawa dan jiwa mereka, ianya akan diserahkan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Apabila dibicarakan, akhirnya hakim akan membuat keputusan berdasarkan ruang lingkup perundangan yang sedia ada, bukan menurut kehendak dan keinginan hakim itu sendiri. Di sinilah titik terakhir dalam proses penyelesaian kes-kes yang melibatkan jenayah. Jika ia berjaya, maka mangsa jenayah akan terbela, penjenayah akan insaf dan serik, penjenayah yang belum ditangkap berhenti daripada aktiviti jenayah mereka bahkan menjadi penamat bagi kelahiran bakal-bakal penjenayah yang baru.
Di samping kecekapan anggota keselamatan serta sistem kawalan keselamatan individu yang perlu dikaji dan dipertingkatkan, DPPP merasakan bahawa undang-undang yang menjadi titik penamat bagi sesuatu kes jenayah adalah amat penting untuk dinilai bersama. Jika undang-undang berjaya menjadi pendidik, pengancam dan pencegah jenayah, maka pihak polis tidak perlu bertungkus lumus mempertaruhkan jiwa dan nyawa mereka serta meletakkan isteri, anak-anak dan keluarga mereka di dalam kebimbangan.
Begitu juga halnya dengan hakim, peguam-peguam dan seumpamanya. Mereka juga bukanlah golongan yang bertanggungjawab sepenuhnya apabila penjenayah yang mereka jatuhi hukuman tidak serik atau hukuman itu tidak menginsafkan atau tidak mencegah jenayah baru daripada berlaku sekalipun sudah terlalu banyak penjenayah dijatuhkan hukum. Ini kerana, mereka tidak boleh menjatuhkan hukuman sesuka hati mereka justeru mereka juga terikat dengan undang-undang yang sedia ada, khususnya sistem kehakiman dan undang-undang itu sendiri.
Oleh itu, penting untuk dibuat penilaian terhadap sistem kehakiman dan undang-undang negara supaya ianya lebih berperanan dan lebih berkesan di dalam menurunkan atau mengsifarkan kadar jenayah. Atau dengan kata lain, lebih bersifat mencegah daripada berlaku, menginsafkan yang dah dilakukan, membela keluarga mangsa dan mengamankan negara, iaitu ciri-ciri perundangan Syari’ah Islam.
HUDUD DAN QISAS SEBAGAI PERBANDINGAN.
Alternatif dan perbandingan yang boleh kita fikirkan bersama ialah berkenaan Hudud dan Qisas yang sudah terbukti keberkesanannya di dalam bukan sahaja menyelesaikan masalah jenayah, bahkan mencegahnya daripada berlaku. Sekalipun pada hari ini hukum itu sudah tidak wujud di negara kita dan dunia amnya, tetapi penamatan perlaksanaannya bukan kerana terbukti kegagalannya, tetapi akibat daripada penjajahan yang ‘memaksa’ untuk merubah sistem perundangan tersebut kepada sistem mereka.
Berterusan di dalam mempertahankan undang-undang konvensional yang terbukti kegagalannya di dalam mencegah jenayah membuktikan bahawa sebenarnya kita masih berada di dalam minda penjajahan. Kegagalan undang-undang penjajah sudah cukup terbukti dan sepatutnya sekaranglah masa sesuai untuk berfikir undang-undang terbaik yang berkesan mengatasi jenayah. Saranan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, tetepi telah diluahkan oleh beka Ketua Hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim yang pernah menyifatkan penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Beliau tidak berseorangan di dalam cadangan ini, bahkan juga turut disertai oleh Peguam Negara, Tan Sri Abd. Ghani Patail. Beliau pernah berkata bahawa undang-undang Syari’ah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.
Penerimaan undang-undang Syari’ah pada hari ini sudah semakin tersebar hanya di negara kita, tetapi sehingga ke negara barat sendiri. Pernah seorang paderi bernama Dr Rowan Williams telah meminta agar Undang-undang Syari’ah dilaksanakan di Barat. Rowan adalah Archbishop Canterbury iaitu pemimpin terhadap 77 juta pendokong Anglican di seluruh dunia. Tapi, beliau tiada kuasa untuk menjadikan 38 bishop bawahannya akur di bawah kekuasaannya. Sekalipun undang-undang Syari’ah yang dicadangkannya bukanlah qisas yang sedang kita perbincangkan, tetapi ianya menunjukkan bahawa undang-undang Syari’ah adalah undang-undang yang relevan untuk dilaksanakan bukan sahaja di dalam negara umat Islam seperti di Malaysia, bahkan di Britain yang merupakan negara rujukan kepada undang-undang negara kita. Tetapi disebabkan oleh penyakit Islamfobia, maka akhirnya pintu cadangan yang telah dibuka oleh Dr Rowan tersebut ditutup tanpa perbahasan dan pengkajian yang lebih mendalam.
Oleh itu, kita sebagai sebuah negara merdeka, merdeka tubuh badan dan pemikiran sepatutnya kita bersedia untuk keluar dari kepompong tersebut untuk kita mula memikirkan alternatif kepada undang-undang pada hari ini. Antaranya ialah, dengan kita membuka minda kita terhadap undang-undang jenayah Syari’ah, khususnya Qisas yang relevan untuk diaplikasikan dalam kes seperti pembunuhan Dato’ Sosilawati. Di sini kita akan dapat lihat dengan jelas perbezaan-perbezaan asas yang penting di antara undang-undang Syari’ah Qisas dan undang-undang yang sudah sedia di amalkan, iaitu perbezaan dari sudut pendakwaan dan penyiasatan, penghukuman dan perlaksanaan dan juga pengampunan dan pampasan.
PENDAKWAAN DAN PENYIASATAN.
Di dalam undang-undang Syari’ah, kes pembunuhan lebih bersifat hak individu. Ini bermaksud, apabila berlaku jenayah yang membabitkan kematian, maka hak untuk mendakwa dan menyiasat adalah hak yang dipunyai oleh keluarga si mangsa. Oleh itu, para keluarga si mangsa berhak membuat pendakwaan sendiri jika mereka berkemampuan, atau melantik pihak lain yang berkemampuan. Jika keluarga si mangsa tidak mampu untuk membuat pendakwaan seperti tiada kepakaran atau kebolehan serta tidak mampu untuk mencari pihak yang boleh mewakili mereka disebabkan kos atau seumpamanya, maka pendakwaan itu menjadi kewajipan ke atas pihak pemerintah bagi pihak keluarga mangsa.
Dalam keadaan keluarga si mangsa tidak mampu untuk menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara bersendirian, maka pihak kerajaan wajib memainkan peranan membantu keluarga si mangsa. Ketidakmampuan ini termasuklah seperti ketidak upayaan untuk menanggung kos siasatan, seperti kos membuat forensik berkaitan keesahan tandatangan yang boleh mencecah RM2000, kos selaman dan lain-lain. Tuntasnya, leader siasatan ialah keluarga mangsa, manakala kerajaan pula wajib membantu aspek-aspek yang tidak diupayai oleh keluarga si mangsa.
Firman Allah swt bermaksud: dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). – (Al-Israa’: 33).
Dalam konteks perundangan di Malaysia pada waktu ini, ada baiknya kuasa mutlak Peguam Negara untuk mendakwa itu diintegrasikan dengan keluarga mangsa, di mana Peguam Negara perlu mendapatkan pandangan keluarga si mangsa sebelum meneruskan pendakwaan. Ini adalah sebagai pendekatan yang lebih adil dan perubahan mampu yang paling dekat boleh dilaksanakan, sekalipun ia tidak seratus peratus bertepatan dan seadil hukum Islam.
Dalam sistem hari ini jelas boleh membuka pintu penyelewengan khususnya apabila penjenayah melibatkan golongan atasan yang mempunyai kuasa politik, atau pihak yang korup terlibat di dalam pendakwaan dan seumpamanya. Maka kes-kes jenayah berat seperti ini boleh diabaikan begitu sahaja, atau akan tertangguh sehingga tempoh yang tidak berkesudahan.
Jika perlaksanaan undang-undang Syari’ah ini, maka kes Memali tidak akan bertangguh begitu lama, keluarga mendiang Al-Tantuya akan pulang dengan hati lebih puas dan juga nescaya isu kepada punca kematian Teoh Beng Hok tidak akan berbangkit.
Tetapi di dalam realiti hari ini, keluarga si mangsa bukan setakat tidak mempunyai hak pendakwaan bahkan tiada hak untuk akses maklumat berkaitan kes, tidak sebagaimana di dalam hukum Syari’ah Islam.
PENGHUKUMAN DAN PERLAKSANAAN.
Apabila si tertuduh di dapati bersalah, maka hak untuk menjatuhkan hukuman adalah merupakan hak keluarga si mangsa. Menurut hukum Syari’ah, jika si mangsa mati dibunuh oleh seseorang penjenayah, maka keluarga mangsa sendiri berhak untuk menjatuhkan hukuman balas terhadap penjenayah terbabit. Firman Allah swt bermaksud: maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. – (Al-Israa’: 33).
Jika pembalasan balik terhadap penjenayah tidak mampu dilakukan sama seperti yang dilakukan, keluarga mangsa berhak membalas dalam bentuk yang lebih minimum. Islam tidak membenarkan pembalasan yang dilakukan oleh keluarga mangsa melebihi perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh si penjenayah bagi memastikan hak keadilan si penjenayah juga mesti dipelihara. Firman Allah swt: oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – (Al-Baqarah: 194),
Seringkali apabila kita bercerita tentang cara hukuman di laksanakan di dalam Islam, umum seolah-oleh melihat Islam itu keras. Tetapi sebenarnya apabila dibandingkan dengan jenayah yang dilakukan, kesakitan yang dirasakan oleh mangsa, kesan kepada masyarakat dan bebanan yang dipikul oleh keluarga, maka kita akan melihat hukuman itu cukup adil. Justeru itu, masyarakat tidak perlu fobia dengan hukuman ini kerana hukuman ini bukan dijatuhkan kepada mereka yang tidak bersalah, tetapi hukuman ini adalah setimpal dijatuhkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh, satu jenayah berat yang boleh meletakkan masyarakat di dalam ketakutan.
Bagi keluarga mangsa, tentulah cara Islam ini lebih dicenderungi justeru ia boleh mengubat perasaan dendam dan perasaan tidak puas hati terhadap penjenayah yang menjadi punca kepada kehilangan orang yang tersayang atau individu yang menjadi tempat pergantungan hidup jika si mangsa adalah bapa kepada keluarga terbabit.
Apabila keluarga mangsa tidak mampu melaksanakan hukuman tersebut, maka ia boleh mewakilkan kepada pihak kedua atau mewakilkan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan hukuman ini.
PENGAMPUNAN DAN PAMPASAN.
Setelah si penjenayah di dapati bersalah, jika keluarga si mangsa menuntut pembalasan untuk membunuh balas, maka tidak ada pihak termasuk kerajaan atau Khalifah yang boleh memberikan keampunan dan pembebasan si penjenayah.
Dalam masa yang sama, keluarga mangsa juga berhak untuk memberikan pengampunan kepada si penjenayah sama ada pengampunan yang bersyaratkan pampasan atau dikenali sebagai Diat menurut istilah Fiqh Islam, atau pengampunan tanpa apa-apa balasan.
Apabila keluarga si mangsa memberikan pembebasan dan pengampunan kepada si penjenayah dan menuntut wang pampasan Diat, maka wang itu hanya berhak diterima oleh keluarga si mangsa, bukan pihak yang lain. Firman Allah swt yang bermaksud: maka sesiapa (pembunuh) yang mendapat keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. – (Al-Baqarah: 178)
Kerajaan menurut Syari’ah Islam, adalah dilarang keras memberikan keampunan kepada si penjenayah tanpa izin daripada keluarga mangsa dan mengambil wang bayaran tertentu daripada si penjenayah tanpa diberikan kepada keluarga mangsa. Ini di istilahkan sebagai Suhtun, iaitu wang keampunan bagi mengabaikan hak keluarga mangsa. Suhtun dianggap seperti rasuah, iaitu kerajaan menerima bayaran daripada penjenayah, membebaskannya serta melindunginya daripada balas dendam keluarga mangsa.
Dengan kata lain, jika seseorang pembunuh yang di dapati bersalah diampunkan oleh lembaga pengampunan, jika keluarga mangsa masih tidak berpuas hati dan seterusnya mengambil tindakan membunuh atau mencederakan si penjenayah tadi, maka keluarga si mangsa pula akan menerima hukuman akibat perbuatan membalas dendam tersebut. Oleh itu, Islam menganggap ianya adalah bentuk rasuah, tetapi mengistilahkannya sebagai Suhtun, iaitu istilah khusus bagi pembayaran wang yang melibatkan kezaliman, sebagaimana tafsiran Ibnu Masud yang diriwayatkan oleh Imam Tabari di dalam tafsirnya.
Walau apapun istilahnya, perbuatan mengambil wang oleh kerajaan tanpa izin keluarga mangsa adalah merupakan kesalahan yang besar menurut Islam kerana telah menceroboh hak keluarga si mangsa dan juga bercanggah dengan hak yang diberikan oleh Allah kepada mereka melalui ayat 33, surah Al-Israa’ dan ayat 178 surah Al-Baqarah.
KESAN PERLAKSANAAN HUKUM ISLAM.
Daripada penjelasan di atas, jelas menunjukkan kepada kita kesan daripada perlaksanaan hukum Syari’ah Qisas yang tidak terdapat di dalam undang-undang Inggeris pada hari ini.Antara terpenting ialah:
1. Menutup pintu rasuah: apabila keluarga mangsa adalah pihak yang paling bertangungjawab untuk melakukan pendakwaan dan pengumpulan bukti, maka tidak ada ruang untuk rasuah boleh berlaku. Maka tidak ada ruang untuk orang politik, orang kaya dan orang yang berpengaruh untuk merasuah pendakwaraya, pegawai penyiasat dan seumpamanya, jika kes pembunuhan membabitkan golongan seperti ini. Mereka tidak ada ruang untuk merasuah pendakwaraya kerana pendakwa itu adalah keluarga mangsa yang menuntut pembalasan, mereka tidak ada ruang untuk merasuah pegawai penyiasat kerana pegawai penyiasat adalah lantikan yang dipercayai oleh keluarga mangsa atau penyiasat itu adalah keluarga mangsa sendiri. Cara Islam ini bukan setakat menutup ruang-ruang berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, tetapi ia juga dapat menghindari wasangka perlakuan rasuah dan salah guna kuasa.

2. Bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes: Setelah diyakini siasatan dan dakwaan bebas daripada rasuah, maka sepastinya ianya akan bebas daripada penipuan dan penyembunyian fakta kes. Ini kerana, apabila pihak yang berhak untuk membuat pendakwaaan dan penyiasatan adalah keluarga si mangsa sendiri sebagaimana disebutkan sebelum ini, maka sudah tentu mereka akan mengorek dan mencari bukti pembunuhan sehingga ke lubang cacing. Kesungguhan mereka sepastinya kesungguhan yang maksimum justeru mangsa adalah orang yang tersayang. Ini berbeza jika penyiasatan pendakwaan dan pencarian bukti dibuat oleh orang lain yang bukan kerabat atau suku sakat kepada si mangsa, sekalipun ianya bergelar kerajaan atau polis. Sepastinya usaha mereka tidak semaksimum usaha yang dilakukan oleh keluarga mangsa itu sendiri.

3. Membela nasib keluarga mangsa: Jika keluarga si mangsa sangat bergantung kewangan dan sumber pendapatan kepada al-marhum atau mendiang dan jika mereka ingin memberikan peluang kedua kepada si penjenayah, maka nasib mereka akan terbela dengan wang Diat pampasan yang diperolehi daripada si penjenayah. Ini secara langsung dapat menjadikan keluarga mangsa terbela, bukan sahaja dari sudut hak tuntutan darah, tetapi ia juga melibatkan pembelaan kewangan.

4. Memuaskan hati keluarga mangsa dan mengelakkan daripada membalas dendam: antara yang terpenting di sebalik undang-undang jenayah Syari’ah ialah, keluarga mangsa akan berpuas hati dengan hukuman dan perlaksanaanya. Istilahnya disebutkan sebagai Al-Jabr di dalam Fiqh Islam. Apabila puas hati berlaku di kalangan keluarga mangsa, maka tidak timbul isu balas dendam terutamanya apabila penjenayah dibebaskan dengan pengampunan bukan keluarga mangsa atau dibebaskan dengan bukti yang keluarga mangsa tidak berpuas hati terhadap bentuk siasatannya.

5. Menghalang golongan yang berkuasa daripada terbebas: apabila jenayah dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa di dalam negara, seperti pemimpin-pemimpin politik tertinggi di dalam negara, atau mereka yang mempunyai pertalian darah atau pertalian kroni dengan mereka, atau melibatkan pihak polis sendiri atau seumpamanya, maka ruang untuk mereka terlepas adalah terbuka justeru mereka mempunyai kuasa sekalipun secara tidak lansung dengan pihak-pihak yang terbabit dengan pendakwaan. Tetapi di dalam sistem Islam, sistem yang telus dan adil adalah mustahil bagi golongan seperti ini untuk terlepas justeru kuasa pendakwaan, penyiasatan dan penemukaan bukti adalah di bawah kuasa keluarga mangsa sebagai kuasa pendakwa.

KESAN PENCEGAHAN.
Antara yang menjadi Maqasid Syariyyah di dalam perlaksanaan hukum hudud Islam ialah konsep pencegahan. Menurut keyakinan golongan yang beriman, apabila hukuman ini dilaksanakan, maka yang mencegah daripada berlakunya jenayah bukannya hakim, bukannya polis dan bukannya kerajaan, tetapi yang mencegahnya ialah Allah swt. Di sinilah sebenarnya letaknya paksi dan rahsia utama kurangnya jenayah di dalam negara yang mengamalkan hukum Syari’ah.
Ini dilogikkan dengan punca sebenar kepada berlakunya jenayah ialah disebabkan tiada sifat dan perasaan takut di dalam diri mereka untuk melakukan jenayah. Justeru itu, mereka tidak pernah terfikir dua kali untuk memukul, menikam dan menembak orang lain apabila tiada perasaan takut di dalam diri mereka. Hakikatnya, perasaan takut bukan perkara yang boleh dengan senang difaktorkan oleh perbuatan manusia, hatta dengan undang-undang itu sendiri. Lihat sahaja undang-undang gantung mandatori bagi pengedar-pengedar dadah, ia tidak menggerunkan para pengedar sekalipun hukumannya cukup berat.
Justeru itu, yang mampu memasukkan perasaan takut di dalam diri penjenayah adalah tuhan yang mencipta manusia itu sendiri, iaitu Allah swt. Maka dengan ini, masyarakat akan terus hidup di dalam aman dan damai, tidak takutkan keselamatan nyawa mereka atau keluarga mereka yang tersayang, justeru jaminan Allah swt yang bermaksud: dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, Wahai orang-orang Yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. – (Al-Baqarah: 179). Inilah kepercayaan yang wajib diimani oleh setiap mukmin yang beriman.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah satu paksaan untuk golongan bukan Islam untuk mempercayainya. Tetapi mereka berhak untuk membuat penilaian-penilaian terhadap perbandingan antara undang-undang Islam dengan undang-undang konvensional yang disebutkan di atas jika si mangsa adalah keluarga mereka, kerabat mereka, sahabat mereka atau orang yang mereka sayangi.

KESIMPULAN.
Daripada perbincangan di atas, sudah tiba masanya untuk masyarakat di dedahkan dengan hukum hakam perundangan Islam sebagai alternatif penyelesaian kepada kemelut jenayah yang berlaku pada hari ini.
Dengan ini juga kita dapat melihat dengan jelas, bahawa jika keluarga mangsa diberikan pilihan antara hukum Islam dengan hukum yang bukan Islam, nescaya hukum Islam adalah pilihan mereka, bukan kerana pemilihnya adalah Islam atau tidak, tetapi kerana hukum ini lebih dekat dengan hati mereka, lebih dilihat bersifat membela hak mereka, tanpa mengira sama ada mereka Islam atau bukan Islam.
Hukum Islam yang hakikatnya lebih bersifat dekat dengan hati masyarakat pernah dibuat kajian sekitar 279 responden yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama oleh Majlis Penyelidikan dan Pengkajian Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS pusat pada tahun 2006. Tanpa menyebut ini undang-undang Islam dan undang-undang konvensional, MPPH membuat survey manakah satu pilihan mereka jika mereka menjadi keluarga kepada mangsa langgar oleh pelumba-pelumba haram, atau pemandu cuai.
Yang menariknya ialah, dalam point ini kesemua seratus peratus responden memberikan respon memilih hukum Syari’ah Qisas tanpa menyedari sebenarnya pilihan mereka sebenarnya adalah hukum Islam. Hasil kajian ini juga secara tidak lansung menunjukkan, bahawa mereka yang menolak undang-undang Islam sebenarnya akibat terpengaruh dengan serangan Islamfobia dan sebahagiannya lebih bersifat sentimen justeru mereka sebenarnya tidak mengenali hukum Syari’ah Islam dengan lebih dekat. Antara sebab yang diberikan oleh responden kenapa mereka memilih hukum tersebut, sebab yang diberikan ialah kerana hukum yang mereka pilih lebih membela nasib mereka sebagai keluarga mangsa justeru mendapat pampasan, berbeza dengan hukum konvensional.
Malangnya, sebenarnya masyarakat berbilang kaum yang membuat pilihan tersebut, yang mereka anggap sebagai adil dan membela nasib mereka, tidak memahami sebenarnya mereka sedang memilih hukum Qisas. Justeru itu, PAS khususnya dan semua peringkat pendakwah Islam amnya, sama ada individu atau NGOs Islam perlu mempergiatkan dakwah memperkenalkan kepada masyarakat sama ada muslim atau non-muslim tentang hukum Qisas yang sebenar berbanding undang-undang konvensional, supaya masyarakat bebas berfikir dan membuat pilihan yang lebih adil untuk mereka.
Hukum ini sebenarnya tidak boleh ditanya kepada penjenayah, menteri atau kerajaan sahaja, tetapi lebih utama hukum ini ditanyakan kepada keluarga mangsa, justeru mereka adalah penanggung kesan jenayah, berbanding menteri atau pihak kerajaan.
Bagi penjenayah dan mereka yang terlibat dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan jenayah semestinya dan sepastinya mereka menolak hukum Islam justeru mereka tidak berpeluang untuk lepas, sebaliknya mereka akan lebih suka dan selamat dengan sistem undang-undang yang membuka ruang kepada mereka.


Islam Itu Syumul...
Jikalau Kes Ini Nak Cepat Selesai...
Jalankan Hukum Islam..
Baru Ok!...



AL-FATIHAH!

Al-Marhum Cikgu Che Mat bin Karim telah kembali ke rahmatullah
pada pagi ini 26/9/2010 jam 7.15 pagi tadi...
Beliau merupakan Bendahari Pas Kawasan Kuala Terengganu (2009/2011),
Penolong SU MTDBB (2009/2011)
Setiausaha Pas Cawangan.Chendering Pantai (1982 hingga sekarang)...
Beliau bekas pengerusi MTDBB (2007/2009)...
moga2 beliau ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...

Jenazah al Marhum Bendahari PAS Kawasan Kuala Terengganu selamat di semadikan.


Solat jenazah diadakan di masjid Simpang Empat cendering, Kuala Terengganu selepas solat zuhur dengan di imami oleh anak al marhum sendiri Ustaz Abdul Rahman yang masih menuntut di Yaman.


Turut hadir Solat jenazah beberapa AJK pimpinan PAS Negeri , Dato Haji Wan Mutallib Penasihat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Dr. Syed Azman ADUN Batu Buruk, Dato' Tengku Hassan ADUN Ladang, Ustaz Wan Sukairi Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu dan orang ramai yang terdiri dikalangan para sahabat seperjuangan.

Saya mewakili Pemuda Pas Cawangan Kampung Padang,B Buruk mengucapkan tak'ziah kpd Puan Shamsiah Abu Bakar (Ketua Dewan Muslimat Pas KT) & keluarga diatas kematian suaminya yang tercinta.
Semoga diberikan kekuatan & kesabaran untuk menghadapi kehidupan dan ujian daripada Allah SWT dengan tenang dan aman bagi meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T..

AL-FATIHAH!.





Viva Mahmoud Ahmadinejad!




NEW YORK, 24 Sept — Perwakilan Amerika Syarikat dan beberapa lagi dari Eropah memulaukan sesi Perhimpunan Agung PBB apabila Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad semalam mendakwa kebanyakan orang percaya bahawa pentadbiran Amerika yang mendalangi serangan 11 September 2011 demi survival Israel.

Dalam ucapannya, pemimpin Iran itu berkata, kebanyakan pegawai kerajaan Amerika percaya satu kumpulan pengganas berada di belakang serangan berani mati yang memusnahkan Pusat Dagangan Dunia dan ke atas bangunan Pentagon pada 2001.


Satu lagi teori, kata beliau ialah “beberapa segmen dalam Amerika Syarikat sendiri telah mengadakan serangan ini untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan genggaman di Asia Barat dalam usaha menyelamatkan rejim Yahudi.”


“Majoriti rakyat Amerika, malah kebanyakan orang dari negara-negara lain dan ahli politik akan bersetuju dengan pandangan ini,” kata beliau di Perhimpunan Agung dianggotai 192 negara.


Sebaik sahaja Presiden Iran ini mengeluarkan pandangan pedas yang lazim dilontarkan terhadap Barat, perwakilan Amerika dan beberapa negara Eropah bertindak keluar dari dewan sidang Perhimpunan Agung yang bermula semalam.


Jurucakap misi Amerika di PBB, Mark Kornblau dalam responsnya berkata: “Berbanding mewakili aspirasi dan semangat muhibah rakyat Iran, Encik Mahmoud sekali lagi memilih untuk membangkitkan teori-teori konspirasi dan kecaman anti-Semitik.”


Jurucakap White House Bill Burton berkata, Presiden Barack Obama berpandangan bahawa komen rakannya dari Iran itu “sangat mengejutkan dan menyakitkan hati” khususnya di bandar raya di mana serangan 11 September terjadi.


Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton berkata kenyataan itu “menyakitkan dan tidak boleh diterima.”


Mahmoud berkata beberapa bukti yang boleh menyokong teori-teori alternatif telah “ditutup” - pasport-pasport yang dikesan dalam runtuhan dan satu video milik lelaki tidak dikenali yang “terlibat dalam urusan perundingan minyak dengan beberapa pegawai Amerika.”


Sebagaimana tahun-tahun lalu, Presiden Iran menggunakan platform Perhimpunan Agung untuk menyerang rakan Amerika, Israel dan mempertahankan hak negaranya mengadakan program nuklear yang Barat bimbang akan digunakan untuk menghasilkan senjata.


Beliau juga menyentuh tentang tindakan pastor dari Florida yang sebelum ini merancang untuk membakar al-Quran.


PEJUANG JIHAD YG SEBENAR..

SAMA2X KITA HANCURKAN YAHUDI LAKNATULLAH...

TAKBIR!!!!!!!!