.
..IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...


Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 15 Muharam 1431H bersamaan dengan 1 Jan 2010 bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum. Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan. Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.




Menurut Jakim, program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam.

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.



Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.




Dalilnya :



Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:



إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا



Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”



Dalilnya :



عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.



Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”




Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian



i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.



ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :



i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.



Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.



i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”




ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”




i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.



ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.



Kaifiatnya adalah seperti berikut:



Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)




عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.


Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :


1. Takbiratul Ihram.


2. Membaca doa iftitah.


3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )


4. Membaca surah al-Fatihah.


5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.


6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.


7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.


8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.


9. Iktidal.


10. Sujud dan membaca tasbih.


11. Duduk antara 2 sujud.


12. Sujud kembali.


13. Berdiri ke rakaat kedua.



b. Rakaat kedua.



1. Membaca surah al-Fatihah.


2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.


3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.


4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.


5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.


6. Iktidal.


7. Sujud dan membaca tasbih.


8. Duduk antara 2 sujud.


9. Sujud kembali.


10. Membaca tasyahud akhir.


11. Memberi salam.


* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )


* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.


* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.



Khutbah Solat Gerhana :



Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)



i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.


ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.


iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan
hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.


iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )



Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :


i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.


ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.


iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

SUMBER:
BERNAMA, JAKIM dan Wikipedia.

Wallahualam

...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...




Sebelum itu,ana ingin mengucapkan selamat tahun baru bagi umat islam..yang menyambutnya pada 18/12/09 bersamaan 1 muharam 1430 hijrah.Semoga dapat membuat ibadat dengan lebih baik berbanding dengan tahun lepas.Dalam artikel yang ana post yang lepas,ana menceritakan mengenai khutbah Rasulullah S.A.W mengenai dajjal.Artikel pada kali ini,ana ingin menyentuhkan serba sedikit isu semasa yang dihadapi oleh negeri ana sendiri,iaitu Terengganu Darul Iman mengenai
Bangunan runtuh!
.Sampai sekarang,anak telinga ana mendengar sahabat-sahabat ana menceritakan apa yang terjadi pada negeri ana ini..so,kalu nak tau lebih lanjut...baca artikel yang dibawah yang sempat ana postkan....






APA BERLAKU DI NEGERI PIMPINAN DATO AHMAD SAID DAN
EXCO-EXCONYA???



SAKSIKANLAH!!!!






Terbaru kes yang berlaku di Terengganu :



Stesen Bas Kuala Berang, Terengganu ( 21 Disember 2009 )




Dan lain-lain kes di dalam negeri yang sama :



Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ( 2 Jun 2009 )





Masjid Kg. Puteh, Kerteh ( 5 Oktober 2009 )




Sebelum ini juga berlaku kejadian yang sama di Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil, siling Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Menara Telekomunikasi Besut dan Pusat Akuatik di Batu Burok.



KONSEP "5M" ini yang digunakan dan berlakunya bala bencana seperti gmbr di atas:



INI LAH ANGKARA MEROBOHKAN SEBUAH MASJID....


INI LAH ANGKARA MENGAMALKAN SIKAP PILIH KASIH....


INI LAH ANGKARA MENGENDAHKAN HUKUM ALLAH....


INI LAH ANGKARA MEMENTINGKAN KEMAKSIATAN....


INI LAH ANGKARA MENGENYANGKAN KRONI-KRONI....



SAMA-SAMA RENUNGKANLAH!!!!!!!!!!!!!!....



WALLAHUALAM!!!!!!!!



...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal."



Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi(angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.



Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.


"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.



"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas.



Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.



"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."



"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."



Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun . Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.



"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi

oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.



Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.



Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman

kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."



Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."



Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."





Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a.mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?"



Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."



Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:

"Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.



Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"



Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.



Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.



Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."



Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.



Sabda Rasulullah :


"Sebarkanlah walau seayat."



Wa'allahualam…







...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH





"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran". QS. Al-Ashr (103) : 3.





1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ?

2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ?


3. Apa yang paling BESAR di dunia ?


4. Apa yang paling BERAT di dunia ?

5. Apa yang paling RINGAN di dunia ?


6. Apa yang paling TAJAM di dunia ?



Jawapannya:
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya....



Pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab : "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu BENAR. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI. Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Q.S. Ali Imran [3] : 185 "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan" .)



Kedua,
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab : "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang" . Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah BENAR. Tapi yang paling benar adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Ketiga,
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab : "gunung, bumi dan matahari". Semua jawaban itu BENAR kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah NAFSU (Q.S. Al-A'Raf [7] : 179 "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai".). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.



Keempat,
"Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab : "besi dan gajah". Semua jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Q.S. Al-Ahzab [9] : 72 "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh",). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak dapat memegang amanahnya.



Kelima,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab : "kapas, angin, debu dan daun-daunan" . Semua itu BENAR kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. (QS.An-Nisa [4] : 103. "Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman". Gara-gara pekerjaan, kita meninggalkan sholat; gara-gara bermusyawarat, kita meninggalkan solat.



Dan pertanyaan keenam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak : "pedang". BENAR, kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah LIDAH MANUSIA. QS. Al-Ahzab [33] : 19. "Mereka bakhil terhadapmu apabila datang ketakutan (bahaya), kamu lihat mereka itu memandang kepadamu dengan mata yang terbalik-balik seperti orang yang pingsan karena akan mati, dan apabila ketakutan telah hilang, mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan. Mereka itu tidak beriman, maka Allah menghapuskan (pahala) amalnya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". Kerana melalui lidah, ,manusia selalu menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.



Semoga bermanfaat



Wallahualam

AL-QURAN




...IN THE NAME OF ALLAH, MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL...

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH



Erti kata ‘Al-Quran’ menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr Subhi Al Salih adalah ‘bacaan’, asal kata qara’a. Kata Al-Quran itu berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca).


Dalam Al-Quran sendiri ada pemakaian kata ‘Quran’ dalam erti sedemikian seperti yang disebut dalam ayat 17 dan 18, surah al-Qiyaamah yang bermaksud:


“Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (dalam dada kamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya.”

Kemudian dipakai kata ‘Quran’ itu untuk Al-Quran yang dikenali sekarang ini.
Ada pun definisi Al-Quran ialah ‘Kalam Allah yang juga mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad SAW dan yang ditulis di mushaf serta diriwayatkan dengan mutawatir dan membacanya adalah ibadat.’


Dengan definisi itu, kalam Allah yang diturunkan kepada nabi selain Nabi Muhammad SAW tidak dinamakan Al-Quran seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa atau Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa.

Demikian pula dengan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang membacanya tidak dianggap sebagai ibadat seperti hadis Qudsi, tidak pula dinamakan Al-Quran.


Nabi Muhammad SAW dalam menerima wahyu mengalami pelbagai cara dan keadaan. Antaranya:-

Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hati Baginda.
Dalam hal ini, Nabi tidak melihat sesuatu apa pun, hanya berasa bahawa ia sudah berada saja dalam kalbunya.

Mengenai hal ini, Nabi bersabda:

“Allah mewahyukan ke dalam kalbuku.” (Lihat ayat 51, surah Asy Syura);

Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya hingga Baginda mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu;

Wahyu datang kepadanya seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi. Kadang-kadang pada keningnya, terpancar keringat, meskipun turunnya wahyu itu pada musim dingin. Kadang-kadang unta Baginda terpaksa berhenti dan duduk kerana berasa amat berat apabila wahyu itu turun ketika baginda sedang menunggang unta.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit yang bermaksud:

“Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata.

Kemudian selepas selesai turunnya wahyu, barulah Baginda kembali seperti biasa.”; dan
Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki seperti biasa, tetapi benar-benar seperti rupanya yang asli.

Hal ini disebut dalam Al-Quran ayat 13 dan 14, surah An-Najm yang bermaksud:

“Sesungguhnya Muhammad melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha.”

Kesahihan kitab suci dipelihara Allah menurunkan Al-Quran kepada manusia sebagai panduan hidup pada akhir zaman hingga ke hari kiamat. Al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Rasulullah saw sebagai utusan Allah kepada umat manusia dalam menyampaikan ajaran dan hukum-Nya.


Rasulullah telah menyempurnakan tugasnya sebagai penyampai risalah Allah dengan mengajarkan Al-Quran kepada sahabat dan mewariskan mereka dengan Al-Quran itu dalam dada dan amalan mereka.

Sahabat pula meneruskan tugas ini dengan mengajarkan Al-Quran kepada para tabi`ien selepas mereka. Kemudian mewariskan kepada kita Al-Quran dalam bentuk tulisan untuk menjaganya daripada terus luput daripada dada umat Islam.

Al-Quran walaupun disusun dalam bentuk tulisan oleh Saidina Uthman, beliau tidak mengabaikan sunnah penyampaian Al-Quran itu sendiri yang mestilah diwarisi terus dari mulut ke mulut.

Dalam menjaga kesahihan bacaan Al-Quran ini, Mushaf Al-Quran yang berjumlah enam atau tujuh naskhah pada permulaannya itu, telah dikirimkan bersama guru untuk mengajarkan bacaannya ke negeri umat Islam pada masa itu.

Begitulah berkembangnya penyampaian Al-Quran yang diwarisi dari generasi ke generasi hingga hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran asas keimananAllah memuliakan Ramadan melebihi bulan lain, dengan memilih suatu malam yang penuh keberkatan daripada malam Ramadan sebagai masa yang paling sesuai untuk diturunkan kitab suci Al-Quran. Selain Al-Quran, beberapa kitab suci lain diturunkan Allah pada bulan mulia ini seperti suhuf Nabi Ibrahim yang diturunkan pada permulaan Ramadan, Taurat hari keenam dan Injil pada hari ke-13 Ramadan. Berdasarkan peristiwa penurunan kitab suci (al-Samawi) pada Ramadan, jelaslah betapa agung dan mulianya bulan ini. Dimaksudkan dengan penurunan Al-Quran pada Ramadan ialah penurunan dari Lawh al-Mahfuz ke Bayt al-'Izzah di langit dunia secara keseluruhan (jumlatan wahidatan), kemudian baru diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw selama 23 tahun. Ini berdasarkan firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam penuh berkat.” – (Surah al-Dukhan ayat 3) Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan.” – (Surah al-Qadr ayat 1) Firman-Nya bermaksud:

“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Maksud ketiga-tiga ayat di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran diturunkan pada suatu malam yang penuh keberkatan, iaitu dinamakan dengan Lailatul Qadr, salah satu malam dalam bulan Ramadan. Ayat ini juga menunjukkan cara penurunan Al-Quran pada kali pertama adalah secara keseluruhan. Sekiranya dimaksudkan dengan penurunan dalam ketiga-ketiga ayat di atas adalah penurunan peringkat kedua, iaitu secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW, tentu tidak tepat dikatakan satu malam dan satu bulan iaitu, bulan Ramadan. Ini kerana Al-Quran diturunkan dalam jangka masa yang lama, iaitu selama 23 tahun. Ia bukan saja diturunkan pada Ramadan, malah bulan lain. Maka nyatalah bahawa yang dimaksudkan oleh ayat itu tahap penurunan yang awal.

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini seharusnya dihayati oleh umat Islam kerana ia menjadi asas keimanan terhadap Al-Quran bahawa ia adalah kalam Allah. Selain itu, ia adalah asas utama dalam pengakuan umat Islam terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW serta keyakinan bahawa Islam itu adalah agama benar, malah satu-satunya agama diredai Allah.Allah berfirman bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah (agama) Islam.” – (Surah Ali Imran, ayat 13) Melalui peristiwa besar dan agung ini, hala tuju kehidupan manusia menjadi lebih kemas dan jelas dengan berpandukan petunjuk dan pedoman yang diwahyukan oleh Allah.

Sungguh banyak keterangan dalam Al-Quran dan hadis Nabi bahawa Al-Quran adalah kitab petunjuk atau pedoman. Lebih-lebih lagi jika kita ingin mencapai darjat muttaqin, iaitu orang bertakwa. Allah berfirman bermaksud:

“Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” – (Surah al-Baqarah, ayat 2) Jadi Al-Quran diturunkan oleh Allah ke muka bumi ini bukanlah semata-mata untuk dibaca atau dilagukan saja, tetapi yang lebih utama bagi dijadikan panduan atau pedoman hidup.

Itulah sebab Al-Quran dikatakan sebagai iman bagi umat Islam. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Dijadikan iman untuk diikuti.” Al-Quran memiliki beberapa nama yang menunjukkan peranannya yang sangat istimewa. Di antara namanya ialah al-Nur (cahaya yang menerangi), Al-Furqan (yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil), al-Zikr (yang memberi peringatan) dan Al-Quran (kitab bacaan). Kalau kita gemar membaca Al-Quran, maka kegemaran itu sangat baik dan wajar diteruskan. Ini bersesuaian dengan makna Al-Quran adalah kitab bacaan. Tetapi bagaimana seharusnya sikap kita, agar Al-Quran boleh berperanan sebagai cahaya menerangi hidup dan pembeza di antara hak dan batil serta memberi peringatan?

Bolehkah Al-Quran berperanan sebagai cahaya penerang dan pembimbing hidup jika kita tidak memahami isi kandungannya. Kalau tujuan utama manusia dijadikan oleh Allah untuk memperhambakan diri kepada-Nya iaitu dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, maka penghambaan kita kepada Allah tidak akan sempurna tanpa memahami kehendak-Nya. Semua kehendak Allah tercatat dalam Al-Quran.

Pelbagai hukum dan undang-undang hidup terkandung dalam Al-Quran. Jika diikuti dengan baik, nescaya umat manusia bukan saja akan mendapat kebahagiaan di dunia, malah akhirat. Oleh itu, adalah wajib ke atas setiap umat Islam memahami isi kandungan Al-Quran. Kaedah Usul Al-Fiqh menyebut sesuatu yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya, maka ia juga wajib. Bagi menjelaskan maksud kaedah fiqh di atas, misalnya solat, kewajipannya tidak akan sempurna melainkan dengan berwuduk terlebih dulu. Maka hukum berwuduk ketika itu adalah wajib juga. Demikianlah juga penghambaan kepada Allah tidak akan sempurna melainkan selepas difahami kehendak-Nya. Sedangkan semua kehendak Allah terkandung dalam Al-Quran. Oleh itu berusaha memahami isi kandungan Al-Quran hukumnya adalah wajib.

Jika segala kehendak Allah yang terkandung dalam Al-Quran diikuti dengan baik, nescaya kita akan selamat di dunia dan akhirat. Maka tidak hairanlah syaitan sangat benci kepada orang yang membaca Al-Quran, apa tah lagi jika mereka berusaha pula untuk memahami dan mengamalkannya. Barang kali inilah rahsia mengapa Allah menyuruh kita membaca lafaz Al-Isti'azah (memohon perlindungan Allah dari syaitan) sebelum membaca Al-Quran. Firman Allah bermaksud:

“Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dulu) memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang direjam.” (Surah al-Nahl ayat 98). Rasulullah saw pernah ditanya maksud sirat Al-Mustaqim (jalan yang lurus) yang sering dipohon dalam setiap solat. Baginda saw menjawab Al-Quran. Oleh sebab itu, syaitan menginginkan agar kita tidak berada di atas jalan lurus, kerana jalan yang lurus akan membawa ke syurga. Syaitan pula amat menginginkan kita memasuki neraka bersamanya.

Syaitan maknanya jauh dari kebenaran, sedangkan Al-Quran pula bermakna kebenaran. Itulah sebabnya syaitan berusaha keras melalaikan manusia daripada Al-Quran kerana tidak senang melihat anak cucu Adam berada di atas kebenaran. Allah berfirman bermaksud:

“Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad saw), adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang yang ragu-ragu.” – (Surah al-Baqarah ayat 147) Berdasarkan penjelasan dan huraian di atas, penurunan Al-Quran adalah peristiwa agung dan terbesar pada Ramadan. Maka semua umat Islam wajib beriman kepada Al-Quran membacanya, memahami dan mengamalkannya.


Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-


wallahualam...