Menyebut bahawa PR berjaya menawan Putrajaya, ramai yang tersenyum. Mungkin bebenan UMNO-BN yang memerintah lebih separuh abad kini dah tak tertanggung lagi oleh rakyat. Seolah-olah ianya satu sinar kebebasan dan kemerdekaan sebenar. Menghambat penjajah yang dulu hanyalah sekadar kulit dan retorik semata. Kalau tumbangnya Umno-BN, barulah kemerdekaan isi dan hakikinya.
Ditanya, bagaimana kalau kemenangan itu 2 tahun semata. “Pedulilah! Biarkan setahun pun. Yang penting UMNO-BN tumbang juga. Sebelum mati aku nak tengok jugok, Umno geluling sekali.” Kemudian beberapa ketika ditanya: “Ish! Kenapa 2 tahun aje?” UMNO rampas balik ke? Duit dah tiada ke? Singapura tawan Malaysia ke? Huru-hara ke?


Meminjam kata-kata Indon yang sedang berdemo dihadapan kedutaan Malaysia, indon yang berjuta menjadi amah & perkerja buruh di Malaysia, Indon yang mendapat PR untuk mengundi UMNO dalam pilihanraya dan meminjam kata-kata drama dan filem Indon yang setiap pagi dan petang yang ditayangkan di TV & Media dinegara kita…. “Waduhhh!! Kiamat udah dekat!”



Teringat kata-kata seorang guruku masa zaman persekolahan dulu. Apabila dekat dengan kiamat semua peralatan hebat dan canggih tidak boleh digunakan. Manusia akan kembali kepada sistem kehidupan asal sebagaimana awal kehidupan manusia. Meskipun manusia telah mencipta kapal terbang, kereta, peralatan elektrik dan sebagainya, ia akan tersadai begitu sahaja. Kenapa? Sebab apabila semua bahan api tiada. Petrol sudah habis. Diesel sudah habis. Minyak dan gas sudah kering. Arang batu sudah tiada. Elektrik tidak dapat dijanakan kerana sumber penjana sudah tiada. Hidro tak berfungsi kerana air akan kering. Habis apa guna jet dan roket, kereta kebal dan kapal selam? Ya.. semua tak boleh digunakan. Manusia akan kembali menggunakan peralatan tradisional kembali. Manusia akan kembali menggunakan kuda, pedang dan panah. Apa dalilnya? Guru bersandarkan hadis Rasulullah Saw : “Ajarlah anakmu berenang, memanah & menunggang kuda”. Hadis Rasulullah Saw relevan hingga kiamat. Dan sebelum kiamat manusia akan kembali menggunakan kuda dan memanah semula. Rasulullah Saw juga menyebut bahawa takkan berlaku kiamat sehingga semua barang berharga didalam perut bumi habis dikeluarkan. Manusia ketika itu tidak ada harga lagi emas dan perak. Betul ke? Yelah! Itu telahan dan pemahaman beliau peristiwa akhir zaman. Nak percaya ke tidak, ianya bukan rukun iman.



Bagaimana lapuran NASA yang terbaru ini. Menyebabkan penulis teringat kembali kata-kata beliau.


Bumi huru-hara 2013 kerana matahari




LONDON - Aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.


Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.



Hah! Kalau pilihanraya 2011, PR memerintah… dah huru-hara. Sempat 2 tahun je ke?



Sebenarnya tiada siapa tahu bila berlakunya kiamat. Bukan sekali ramalan dan tok nujum menyebut angka dan tarikh. Semuanya temberang belaka. Bahkan ada filem yang dihasilkan oleh Columbia Pictures menggambarkan bagaimana dahsyatnya kedatangan hari kiamat. "2012"? Rasulullah Saw sendiri ditanya oleh malaikat jibril: Bila berlakunya kiamat? Baginda menjawab : Orang yang bertanya lebih tahu daripada yang kena tanya”.



Apapun tanda-tanda dan alamat dia disebut cukup banyak, Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu Majah)



Lihatlah Malaysia kita sendiri? Apa berita dalam akhbar kini. Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Perkataan al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia merangkumi makna yang lebih luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau bilau yang berlaku. Sebabnya semua suasana ini boleh membawa kepada hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup manusia. Dalam erti kata lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia.

Di dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, “Barang siapa yang mahu melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri, maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (Riwayat Imam Ahmad dan al-Tarmizi).



Ketiga-tiga ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah surah At-Takwir, Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir Allah s.w.t menyatakan bahawa pada hari kiamat matahari yang gagah di langit akan digulung, bintang-bintang akan jatuh berguguran, gunung-ganang yang nampak gagah hancur berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas meluap-luap.



Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” (Surah Al-A’raaf: 187)



Banjir besar, gempa-bumi, rebut taufan bahkan Tsunami yang dahsyat pernah berlaku dapat disaksikan sendiri dengan mata kepala kita sendiri. Tidakkah itu sebagai mukaddimahnya. Waktu dan saat kiamat tidak diketahui. Tidak kiamat besar, pun kiamat kecil (maut) pasti akan menjengah kita jua. Orang-orang Barat bahkan dari kalangan atheis sekalipun rupanya menerima bahawa akan berlakunya kehancuran dan kiamat. Semua tanda-tanda kecil kiamat sudah sempurna tinggal lagi tanda-tanda besar bahkan kekadang manusia terlupa… rupa-rupanya kita sendiri melakukan perkara yang menjadi tanda berlakunya kiamat. Apa pun, yang penting ingatan Allah Swt;



يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia” ( Surah Al-Infitar: 6).


Harap bukan 2 tahun..selama-lamanya lagi bguz....

Hidup!..Hidup!

Hidup Pakatan!..




0 Comments:

Post a Comment