Rakyat rela terima RM100, bukan bangunan 100 tingkat
0 comments Posted by PaNgLImA IsLaM at 10:56 PMKUALA LUMPUR, 18 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil pengajaran daripada kezaliman pemerintahan Firaun yang zalim. Perdana Menteri dinasihatkan demikian kerana sanggup mengetepikan tuntutan bonus dua bulan gaji oleh 1.2 juta kakitangan awam walhal dalam masa yang sama bercadang membina bangunan Menara Warisan. "(Bajet 2011) tidak sanggup berbelanja RM3.1 bilion (bonus sebulan), tetapi kerajaan boleh mengeluarkan RM5 bilion untuk bina bangunan 100 tingkat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan pagi tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, rancangan membina menara tersebut seakan mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri membina Menara Berkembar Petronas setinggi 88 tingkat. Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dari membina projek-projek mega yang nyata memberi kepentingan kepada kroni-kroni tertentu. Lim menyuarakan rasa yakin bahawa kakitangan kerajaan di Pulau Pinang lebih rela menerima bantuan kewangan dari projek mega tersebut. "Kalau rakyat Pulau Pinang, mereka lebih rela terima RM100 bantuan daripada kerajaan negeri dari terima bangunan 100 tingkat," beliau menambah. Beliau turut mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib itu suatu belanjawan yang tidak mengutamakan rakyat dan pembaziran yang nyata bertentangan dengan Islam. Jumaat lalu, Najib ketika membentangkan Bajet 2011 mengumumkan kakitangan kerajaan hanya mendapat RM500 Bantuan Khas Kewangan. Najib sehari kemudian berkata, sekiranya pentadbirannya memberi RM3.1 juta kepada 1.2 juta kakitangan awam, kerajaan akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar.
Bagaimana pula banduan? Terpaksa berpisah dengan keluarga tersayang tetapi boleh berjumpa dan dijenguk keluarga. Relax. Rehat. Keselamatan terjamin 24jam. Kena bayar? Tak! Free aje. Kerajaan taja serba serbi. Yelah!.. duit rakyat juga.. Pakaian free. Baju seluar Free. Pengangkutan Free. Air & elektrik free. Siapa tanggung? Kitalah tanggung. Undang-undang kita mesra penjenayah berbanding membela mangsa jenayah. Siapa buat keputusan. Menteri yang kita pilihlah. Siapa lagi?
Berapa kita kena tanggung?
KUALA LUMPUR, -- Kerajaan perlu membelanjakan lebih kurang RM1,274,490 sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau berkata perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin yang dicatatkan. "Daripada jumlah itu, warganegara asing ialah 16,303 orang iaitu 38.3 peratus dan kos perbelanjaan sehari untuk mereka ialah RM489,090," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat.
"Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat," katanya.
Menurut Datuk Hisyamuddin selaku Menteri Dalam negeri ."Di Malaysia daripada 31 buah penjara, sembilan dikenal pasti sebagai penjara yang sesak. Kos utiliti penghuni penjara secara purata adalah pada kadar RM35 seorang dan kos tanggungan makanan adalah kira-kira RM55.5 juta setahun,"
Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar berkata pada masa ini terdapat 40 institusi penjara di seluruh negara melibatkan 31 penjara, lima pusat pemulihan akhlak, tiga Sekolah Henry Gurney dan sebuah Tempat Tahanan Perlindungan.
Menurut menteri yang berkenaan, setakat ini kerajaan telah meluluskan 16 penjara baru yang akan dibina untuk menampung tambahan lebih 18,000 lagi banduan menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Fuhhh! Kroni boleh projek lagi le …
Hah! Makin banyak penjara, makin ramai studennya itu. Makin tinggi kos. Seorang kena tanggung RM1,050 sebulan (35x30hari). Ramai lagi dikalangan kita gaji RM 400.00 sebulan. Itu belum kira kos pegawai & kakitangan, bangunan infra dll. Kalau anda sebagai rakyat dan pembayar cukai kerajaan adakah anda rasa berbaloi? Berbaloikan anda menanggung mereka ini semua?
Kes 1 : Perompak Indonesia dipenjara 12 tahun, 8 sebatan
SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melarikan harta benda bernilai RM80,000 milik seorang ahli perniagaan wanita di sini dua bulan lepas. Hakim Azimah Omar, menghukumkan Muhammad Nordin, 30, berasal dari Pekan, Indonesia.
Kes 2 : Zulfika dihukum penjara 11 tahun
Johor: Zulfika kini sedang menjalani hukuman di Penjara Kluang, Johor. Zulfika, 28, didakwa sebagai salah seorang ahli kumpulan perompak yang terlibat dalam kejadian tembak menembak antara pihak polis dan perompak di tempat letak kereta Hotel Grand Seasons. Penjara 11 tahun dan sebatan enam kali telah dijatuhkan oleh mahkamah yang sama setelah dia mengaku salah memiliki sepucuk pistol jenis Walter (Chrome) dan lima butir peluru hidup tanpa lesen yang sah.
Kes 3 : SHAH ALAM: Seorang buruh dari Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja, empat tahun lalu. Hakim Mohd Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh Ismadi Muhammad, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 27 Julai 2006.
Kes 4 : Penganggur kekal dihukum penjara 15 tahun
PUTRAJAYA 16/08/2010. Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Megat Shahrizat Megat Shahrur, 32, bagi kesalahan menyebabkan kematian Nur Izzatul Shahira Rozilan di Sri Suajaya, Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur 3 Jun, 2001. Megat Shahrizat mengaku salah dan dihukum penjara 15 tahun dari tarikh tangkap pada 4 Jun, 2001.
Kes 5: Pemuda Dihukum Penjara Dua Tahun Kerana Buang Bayi
MELAKA: Seorang pemuda dihukum penjara dua tahun manakala kekasihnya seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke Sekolah Henry Gurney kerana kesalahan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh. Majistret Mohd Fairuz Johari memerintahkan remaja perempuan berusia 17 tahun 11 bulan itu ditahan di sekolah itu sehingga dia berusia 20 tahun. Mohd Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan kekasihnya itu, mengaku salah bersama-sama membuang bayi tersebut pada 11 Ogos lepas.
Yang ini tentu kita sakit hati. Dia rogol anaknya kenapa kita kena tanggung?
Kes 1 : Rogol Anak Ayah Dipenjara 100 Tahun.
Mahkamah di Kuching menjatuhkan hukuman penjara selama 100 tahun kepada seorang ayah kerana merogol anak perempuannya yang cacat semenjak tahun 2006 hingga 2008. Pesalah berusia 52 tahun itu yang juga bekas pekerja Jabatan Tanah dan Ukur di dakwa di dalam akta Kanun Keseksaan 376A terhadap lima kesalahan sumbang mahram.
Kes 2: Rogol Anak : Penyanyi 70-an kekal penjara
Seorang bekas penyanyi, yang pernah popular dengan lagu berirama Hindustan 1970-an kekal menjalani hukuman penjara 19 tahun bagi kesalahan merogol anak perempuannya. Penghibur 59 tahun itu, yang menguruskan gerai makanan, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada April 29 2005 terhadap tuduhan merogol anak perempuannya yang ketika itu berumur 11 tahun dan 10 bulan, di rumah penyanyi itu di Sentul, Kuala Lumpur pada 26 Sept 2001.
Kes 3: Bapa rogol anak dipenjara 32 tahun
KLANG 15 Jan. - Gara-gara melempiaskan nafsu dengan anak sendiri empat tahun lalu, seorang peniaga sayur terpaksa menghabiskan usia tua di sebalik tirai besi apabila dia dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 53 tahun itu didapati bersalah atas dua daripada tiga pertuduhan merogol anaknya yang berusia 10 tahun ketika kejadian.
Kalau hukuman macamana ni Siapa yang gila? Tok hakim, Menteri atau kita?
Bapa rogol anak kena 14,400 tahun
MANILA 25 Sept.2010: Mahkamah di Filipina menjatuhkan hukuman penjara 14,400 tahun ke atas seorang bapa yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuan belasan tahunnya hampir setiap hari dalam setahun. Penarik beca berkenaan disabitkan kesalahan merogol 360 kali anak perempuannya ketika isterinya keluar bekerja di Hong Kong.
Mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dan kini berusia 22 tahun, berkata kesengsaraan dihadapinya di tangan bapanya sendiri bermula Januari 2001 apabila ibunya berlepas ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Beliau bersama dua adiknya ditinggalkan di bawah penjagaan bapanya di rumah mereka di Los Banos, sebuah pekan di selatan Manila.
Penyelesaiannya. Kenapa tidak jalankan sahaja undang-undang Islam? Itu lebih berbaloi. Si pencuri mencuri harta rakyat, kenapa perlu rakyat guna duit mereka untuk menanggungnya di penjara? Potong tangan kepada si pencuri tersebut. Kos sebilah pisau. Kalau kerajaan takde duit saya boleh sponsor. Si perogol, sebat atau rejam sahaja. Si pembunuh, bunuh balas. Habis cerita. Kenapa tidak dilaksanakan? Atau mungkin bapak menteri dok berfikir lagi nak mecuri?, nak merasuah? Nak merogol? Nak berzina?
Hakim walau cerdik macamana pun tetapi dia tak boleh menjatuhkan hukuman mengikut pandainya sendiri. Rang enakmen perlu diluluskan dalam sidang dewan terdahulu sebelum diguna-pakai dimahkamah. Meskipun ahli dewan itu yang meluluskan itu tak sekolah dan tiada kelulusan tetapi ia disokong orang ramai dan menjadi Yang Berhormat. Itu Pilihan Rakyat.
Di kala Allah Swt mewajibkan hukuman terhadap kesalahan dilakukan manusia, ia merupakan hukuman terbaik buat diri manusia itu sendiri maupun buat masyarakat sekeliling. Allah Swt yang mencipta makhluk manusia dan Dialah Yang Maha Arif tentang tuntutan serta keperluan maupun hikmah terhadap manusia itu sendiri. Sebab itu kalau diperhatikan hukum Islam kurang melibatkan bayaran denda atau penjara. Hudud melibatkan hukuman keatas batang tubuh berbanding takzir. Kerana denda adalah tidak adil kepada si miskin tetapi kacang kepada si kaya. Penjara adalah rehat kepada penjenayah tetapi membebankan kerajaan dan rakyat.
Sudah sampai masanya umat islam di Malaysia melaksanakan ibadah undang-undang hudud dan qisas ini dan kita tinggalkan undang-undang bodoh ciptaan manusia itu. Dan perlaksanaan hukuman Islam ini sendiri akan mewujudkan dua fungsi iaitu sebagai zawajir (pencegahan) dan jawabir (penebus dosa di akhirat). Allah berfirman, “Dan tidaklah patut bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan mengenai sesuatu perkara (tidaklah patut mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dalam kesesatan yang jelas nyata”. Surah Al-Ahzab (33): 36
Saidina Usman bin Affan pernah berkata, “Sultan (kekuasaan) itu akan meluruskan manusia yang tidak dapat diluruskan oleh Al-Quran.”Maksudnya, jika manusia itu tidak mengikuti apa yang diperintahkan oleh Al-Quran, maka penguasalah yang akan menghukum mereka (dengan kata lain meluruskan mereka kembali). Dan selagi kerajaan Umno-BN ini memerintah, selagi itulah hokum thoghut ini mereka pertahankan.
Jgn Lupe
MaSa
TaRiKh
BeRiTa DaRi PiMpInAn
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
Confidential Document10 years ago
-
-
-
-
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !13 years ago
-
-
-
SaHaBaT PeRjUaNgAn
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 years ago
-
-
Pegawai Imigresen Yang Biadab6 years ago
-
MLM 2016 minggu 18 years ago
-
-
Facebook patut disekat atau tidak?10 years ago
-
lagu intro 30 minit ust Don...11 years ago
-
-
Friday the 13th...satu helah14 years ago
-
my Profile14 years ago
-
MEREKA DAN ALASAN MEREKA14 years ago
-
-
KeMbali KepaDa FitRaH15 years ago
-
SeJeNaK
MuRaBiKu
OrAnG MuDe GeNg KiTe
AkU BaNgGa JaDi PeMuDa PaS
GaNu KiTe
KaWaN-KaWaN
KeSeSaKaN JaLaN RaYa
Wp Theme by Promiseringsdesigns | Blogger Template by Anshul